Yusran & Shafinaz Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 28, 2009

demi masa

Smlm tgk semifinal raja lawak 2009..susah kan nak buat orang ketawa kadang2 secara spontan ni mmg la boleh tp kalau perform atas stage mmg lain rasa..apapun smlm mmg rasa terkilan sgt LNJ terkeluar dari raja lawak si AMIR yg tak kedengaran orang ketawa pun boleh layak..tu la masalahnya kalau 100% undian daripada penonton..penonton ni mmg la minat peserta tapi kadang2 tu fulus xde nak sms tambah2 zaman ekonomi meleset cam skrg ni lagi la org berfikir nak sms buang duit sesaja je camtu..baik derma kat tabung palestin kan..ermm ntah la aku tgk je kalau nak sms xde la kot hehe hari ni balik ipoh la nak melawat projek ikan kat ladang hopefully semua berjalan lancar nasib baik la ada sokongan abah ngan pakcik razak kalau nak harap aku start mmg lambat la ongkosnya kureng hehe buat permulaan mmg nak bela tilapia merah je nak try tgk ikutkan kat umah kedah dah pernah bela tapi kolam sana kecik je la bela pun sumber airmata dan air bukit..tapi kali ni guna air tasik lombong..maybe pas kolam tanah ni berjaya nak start kolam sangkar plak..semoga berkat usaha dan dorongan dari isteri,family dan kawan projek aku ni boleh berjaya..iyela tgh2 zaman meleset ni kena la prepare projek2 yg boleh jadi sumber pendapatn tambahan utk kita..k la nak round production plak ni post terakhir utk bulan february 2009..newpost march 2009 lak cepatnya masa berjalan tu sbb kalau nak buat ape2 kena start cepat kalau tak macam tergolonglah kita dlm manusia yang diceritakan dlm surah al-asr " demi masa..sesungguhnya manusia itu dalam kerugian"..sama2 kita amik iktibar dr ayat tersebut..sambil mengejar duniawi akhirat jangan dilupa..insyaallah..

Friday, February 20, 2009

Mati Hidup Kembali

Jalanraya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mata ku belum mengantuk lagi
Bawa kemana saja ku pergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak ku jumpa
Benda yang tiada ku sangka ada
Oh tak mengapa..tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawa ku hilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti hidup kembali

Angkasa penuh dengan berlian
Ku capai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahaya selamanya

Aku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiran ku melayang-layang
Tiada siapa yang ku rasa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawa ku hilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti hidup kembali


lagu ni lagu butterfinger album kembali.best lagu ni diorang olah lagu p ramlee lam 3 abdul lagu sedangkan lidah lagi tergigit yg p ramlee nyanyi ngan sarimah kat kandang kuda tu kalau tak silap aku la hehe tp apepun butterfingers mmg fevret band aku sejak zaman sekolah lagi..diaorng mmg lain dari yang lain kreatif dan sentiasa selitkan elemen kemelayuan lam lagu mereka..saluttt..loque pi sambung study us emmett pun dengar kata nak balik kanada so pas diaorg gabung balik nnt hope ada album lagi besh dari album kembali ni hehe

Thursday, February 12, 2009

Satu Percubaan

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih beri peluang untuk aku terus hidup dan menikmati hidup yang hanya di beri SEKALI je peluang utk di alam ini..di zaman ekonomi meleset ni mmg la kebanyakkan org bukan sahaja di malaysia tp di seluruh dunia mengalami tekanan dan krisis ekonomi yg agak teruk..sbb tu la sebagai langkah berjaga2 dan utk masa depan aku skrg mencuba menjadikan pertanian dan perikanan sebagai sumber pendapatan tambahan..skrg dalam proses planning dan mengumpul bahan2..dah lama memang aku teringin sgt nak buat kolam ikan atau ternakan ikan lam sangkar so skrg ada peluang apa kata aku cuba je..kebetulan kebun bapa mertua aku meliputi kawasan lombong jadi boleh la aku cuba..tp utk permulaan skopnya kecil sajalah maybe lam 4 kolam seluas 10x10 kaki persegi utk ikan talapia merah memandangkan permintaan utk ikan ini agak ok dan bukan bermusim..bagi aku tak dapat jual dapat makan2 ngan ahli keluarga pun dah kira satu kepuasan yg penting dpt belajar cara nak ternak ikan lam sangkar ini..dan ada sebuah kolam tanah kat kebun abah ni aku nak masukkan keli..hopefully projek ni berjalan dengan baik..insyaallah org cakap kalau berbudi ngan sumber alam yang Allah kasi ni tak rugi yang penting kesungguhan dan keikhlasan dalam melakukan pekerjaan tersebut..thanks for my family terutamanya isteri tercinta yg sgt supportive..

Tuesday, February 3, 2009

cuti..cuti..cuti..

Seminggu aku cuti ingatkan raya cina je last2 sambung seminggu kena jaga mak tak berapa sihat.. masa cuti ok la ramai sedara yg balik.. start abis raya cina tinggal la aku ngan isteri kat kg.. ikutkan nak keje je khamis tu tapi tak harap la isteri sorang2 kat umah..dok seminggu kat kg kemas2 umah ngan isteri.. kak ct (kak aku yg doktor tu) lum abis pantang dah kena balik hospital kubang kerian kat kelantan nak sambung study dia utk master tp seminggu je kot..sian adawiyah kecik2 dah kena tinggal hehe sufiyah pun kena tinggal sbb dia ngaji..ermm dah masuk bulan februari jap je kan lagi dua bulan insyaallah bertambah lagi rezeki kami..harap semuanya selamat..dah beli dah skit2 barang2 baby baju pun dah 6pasang hehe tp semua biru muda ngan putih sbb lum tau jantina kang beli pink baby boy xseswai le plak hehe tp bagi aku ok je baby kaler ape pun boleh xde beza pun boy ngn girl hehe minggu ni boleh balik ipoh lagi ada cuti thaipusam isnin dpt cuti 3 hari..my wife hari ni cuti jubli perak punye sambutan 25tahun pemerintahan sultan azlan shah..ermm bila le tasek cement nak panggil interview ni tul2 nak keje dekat isteri senang leh sama2 jaga baby leh berdikari dok umah sendiri..k la nak sambung keje round production sembang2 pastu makan kat kantin hehe